Usahawan Perkhidmatan Insurans Dan Ejen BSN

Nama     Siti Noraishah Binti Mohd Zan
Umur   33 Tahun
 Ahli 2019

 

Latar belakang:-

Puan Ishah merupakan anak peneroka Felda Palong 6. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Puan Ishah sangat disenangi ramai kerana perwatakannya yang sopan dan peramah membuatkan ramai yang begitu selesa untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Puan Ishah juga sangat aktif mengikuti aktiviti yang dijalankan di sekitar Palong 4,5,6.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Puan Ishah tidak mahir untuk menggunakan internet dan komputer. Beliau hanya tumpu kepada penjualan insuran dan transaksi BSN tetapi lain-lain penggunaan daripada itu beliau tidak mahir dan memerlukan bantuan petugas PEDi Palong 5.

Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan kurang arif untuk melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke PEDi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga seorang yang ingin belajar dan mudah faham.

Selain itu, beliau juga tidak mempunyai akaun email dan tidak tahu menggunakan aplikasi berkenaan. Ia menjadikan kerja-kerja menjadi sukar apabila pihak insuran ingin melihat data pelanggan mereka.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet sendiri . Selain itu, beliau juga sangat gembira kerana sudah pandai membuka aplikasi whatsapp web menggunakan komputer.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga telah mempelajari cara membuka akaun email, menghantar dokumen kepada pihak insuran dan seterusnya mahir menggunakan email bagi kerja-kerjanya.

Kini, Puan Ishah tidak lagi berasa bimbang dan kini mampu membuka syarikat insuran persendirian secara kecil-kecilan.

 



Celik IT 

Nama     Muhammad Rahimi Bin Jamal
Umur   18 Tahun
 Ahli 2015

 

Latar belakang:-

 Muhammad Rahimi merupakan anak peneroka Felda Palong 5. Beliau juga merupakan Imam Muda di Felda Palong 5. Beliau seorang yang sangat ceria dan sentiasa positif serta sering berkunjung di PEDi Palong 5 untuk menggunakan komputer, fotostat dan sebagainya. Beliau juga merupakan pelajar STPM dan sering membuat kerja-kerjanya di PEDi.

 

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

 Pada awalnya, Rahimi sering mengajukan permasalahannya kepada petugas tentang tugasan persekolahannya dan meminta bantuan dari petugas.

Justeru itu, beliau sangat tertekan kerana banyak perkara yang tidak difahami mengenai internet dan carian bahan-bahan pengajiannya. Selain itu, sebagai Imam Muda, beliau juga sering datang ke PEDi untuk mencari di laman web mengenai kutbah mingguan yang akan diberikan kepada Imam Masjid Palong 5.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi  Palong 5, banyak perubahan yang dilihat oleh petugas, antaranya semua kerja-kerja  pengajiannya menggunakan internet dan semua bahan carian juga dilakukan menggunakan internet. Ianya sangat memudahkan beliau untuk membuat kerja-kerja pengajiannya.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga sering berkunjung ke PEDi dan membuat carian kutbah Jumaat di internet sendiri tanpa bantuan petugas lagi. Beliau sangat gembira kerana semua kerja-kerjanya menjadi mudah dan teratur.

Selain itu, Kerja-kerjanya juga sudah teratur dan semua kerjanya tidak menggunakan tulisan tangan lagi. Beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada petugas PEDi  kerana memberi tunjuk ajar kepadanya.

 

 

Usahawan PA System 

Nama     Mohd Noor Hakim Bin Ismail
Umur   40 Tahun
 Ahli 2015

 

Latar belakang:-

Encik Mohd Noor Hakim dikenali dengan panggilan Dj.Hakim. Merupakan generasi kedua Felda Palong 5.  Beliau sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti sekitar Palong 5. Beliau juga seorang yang sangat positif dan suka membantu komuniti sekitar Palong 4,5,6. Mempunyai dua orang anak membuatkan beliau sangat rajin berniaga dan kini sedang giat aktif menyediakan perkhidmatan PA System.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Encik Hakim tidak mahir untuk menggunakan komputer dan melayari internet. Semua bahan-bahan perniagaannya banyak diupah kepada orang lain. Hal ini menyebabkan kos penyediaan perniagaannya menjadi tinggi dan margin keuntungannya kecil.

Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan kurang arif untuk melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke PEDi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga seorang yang ingin belajar dan mudah faham.

Selain itu, beliau juga tidak mahir untuk memuat turun lagu-lagu daripada internet dan memerlukan bantuan petugas untuk memuat turun lagu-lagu untuk perkhidmatan PA System beliau. Beliau juga mempunyai masalah mempromosi perkhidmatan beliau serta tidak tahu untuk memasarkan tentang perkhidmatan yang dijalankan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet sendiri . Selain itu, beliau turut membuat kertas kerja seperti invois dan sebagainya.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau telah pandai untuk memuat turun lagu-lagu untuk perkhidmatan PA System yang kini tengah giat dijalankan di sekitar Palong 4,5,6. Encik Hakim sangat gembira kerana Pusat Internet membantu kerja-kerjanya menjadi sangat mudah dan boleh dilakukannya secara sendiri. Encik Hakim juga kini sudah mahir menggunakan email,facebook dan sebagainya untuk memasarkan perkhidmatan yang dijalankan.

Kini, Encik Hakim sangat berpuas hati dengan pembelajarannya di PEDi  yang sangat membantunya sehingga berjaya dan sangat bergiat aktif di sekitar Palong 4,5,6.

 

 

Usahawan Pertanian Aneka Sayur-sayuran dan Dodol.

Nama     Hamidah Binti A.Hamid 
Umur   57 Tahun
 Ahli 2015

Latar belakang

 Puan Hamidah merupakan penerokawati  Felda Palong 6. Beliau juga merupakan Pengerusi bagi Pertubuhan GPW Palong 6. Beliau sangat sangat aktif dan seorang yang lemah lembut serta murah dengan senyuman. Puan Hamidah akan berusaha bersama-sama untuk mengaktifkan Pertubuhan GPW Palong 6.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Puan Hamidah tidak mahir menggunakan komputer. Semua kerjanya seperti minit mesyuarat, agenda majlis dan laporan bulanan tertunggak kerana beliau sangat buntu berikutan tidak mahir menggunakan komputer.

Selain itu, Puan Hamidah juga tidak tahu memasarkan produk jualannya di laman sosial serta cara membuat ayat ‘copywriting’ yang betul. Beliau sangat tertekan dan memerlukan bantuan petugas PEDi Palong 5.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Internet Palong 5, beliau sudah mula melakukan kerja-kerjanya sendiri. Selain itu, beliau juga boleh membuat minit mesyuarat, agenda majlis dengan tersusun betul. Beliau kini sangat gembira kerana kerja-kerjanya menjadi mudah tanpa bantuan orang lain lagi.

Disamping itu, Puan Hamidah  telah mahir untuk menggunakan email bagi urusan rasmi. Selain itu, beliau mahir untuk menghantar dokumen-dokumen penting melalui emailnya sendiri dan beliau juga kini sangat aktif bagi memastikan komuniti di bawah jagaannya terbela.

Puan Hamidah juga boleh membuat ‘copywriting’ sendiri dan juga memasarkan produk jualannya sendiri di laman sosial. Setelah mempelajari kelas keusahawanan di PEDi , beliau menjadi sangat bersemangat dan kini beliau sangat berpuas hati dengan hasil yang diperolehinya.

 

Usahawan Tupperware Brands Dan Produk Al-Fateh

Nama     Norashidah Binti Jaafar
Umur   43 Tahun
 Ahli 2017

 

Latar belakang

Pn.Shidah lebih dikenali dengan nama Kak Shidah merupakan seorang anak peneroka Palong 3. Beliau merupakan seorang suri rumah. Secara sambilan, beliau telah menjual produk Tupperware  Brands dan produk Al-Fateh. Selain itu, beliau aktif melibatkan diri dalam kelas jahitan yang dianjurkan oleh pihak KEMAS. Disamping itu, beliau kerap berkunjung ke PEDi untuk mempelajari ilmu-ilmu yang baharu.

 

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awalnya, Pn.Shidah kurang mahir menggunakan komputer. Beliau sangat berminat untuk menyertai semua kelas ICT yang diadakan.Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke Pi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga seorang yang ingin belajar dan mudah faham.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet untuk  membantu menghantar email dan membuat transaksi melalui internet. Semua itu beliau sudah boleh melakukan sendiri tanpa meminta bantuan dari petugas lagi.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau telah pandai untuk mengambil gambar dengan cara yang betul untuk tujuan promosi. Disamping itu, beliau telah banyak belajar berkenaan teknik pemasaran yang betul untuk memasarkan secara atas talian.

Disamping itu, Pn. Shidah telah mahir untuk menggunakan email bagi urusan rasmi. Beliau juga kerap datang ke PEDi untuk membuat iklan di media sosial. Hasil daripada mengikuti kelas keusahawan telah membuatkan beliau lebih yakin dalam membuat ayat ‘çopywritting’ di iklannya. Seorang yang sangat agresif dari segi kemjuan pendidikan dan keusahawanan. Hal ini adalah kerana beliau sangat gemar bertanya berkenaan kemahiran ICT di PEDi Palong 5.

Selain itu, Kerja-kerjanya juga sudah teratur dan semua kerjanya tidak menggunakan tulisan tangan lagi. Beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada petugas PEDi kerana memberi tunjuk ajar kepadanya. Kini beliau sudah membuat laporan kewangan dan kertas kerjanya secara formal dan teratur.