Nama     Muhammad Ammar Syahid Bin Muzi 
Umur   22 Tahun
 Ahli 2019

 

Latar belakang

Syahid merupakan seorang anak peneroka Palong 5. Beliau seorang yang periang dan murah dengan senyuman. Beliau merupakan seorang penyayi β€˜frelance’. Beliau sering berkunjung di PEDi Palong 5 untuk menguruskan kerja-kerjanya yang memerlukan internet. Selain itu, beliau juga sangat rajin dan komited semasa mengikuti kelas ICT. Semangat yang ditunjukkan untuk belajar ICT telah membuatkan beliau mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi.

 

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awalnya, Syahid kurang mahir menggunakan komputer. Beliau sangat berminat untuk menyertai semua kelas ICT yang diadakan.

Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke PEDi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga seorang yang ingin belajar dan mudah faham.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet untuk  membantu menghantar email dan membuat transaksi melalui internet. Semua itu beliau sudah boleh melakukan sendiri tanpa meminta bantuan dari petugas lagi.

Disamping itu, Syahid telah mahir untuk menggunakan email bagi urusan rasmi. Beliau juga telah mahir untuk membuat poster berkenaan pertunjukan nyanyiannya.

Syahid seorang yang sangat agresif dari segi kemjuan pendidikan dan keusahawanan. Hal ini adalah kerana beliau sangat gemar bertanya berkenaan kemahiran ICT di PEDi Palong 5.

Selain itu, Kerja-kerjanya juga sudah teratur dan semua kerjanya tidak menggunakan tulisan tangan lagi. Beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada petugas PEDi kerana memberi tunjuk ajar kepadanya. Kini beliau sudah membuat laporan kewangan dan kertas kerjanya secara formal dan teratur.