Celik IT :-
Nama | : | Suriyati Bte Manap |
Umur: | : | 41 Tahun |
Ahli | : | 2014 |
Latar belakang:-
Puan Suriyati merupakan petugas Pengerusi GPW Palong 6. Beliau seorang yang periang dan murah dengan senyuman. Beliau bekerja sebagai tenaga pengajar Literasi Palong 5. Beliau sering berkunjung di Pi Palong 5 untuk menguruskan kerja-kerjanya yang memerlukan internet. Selain itu, beliau juga sangat rajin dan komited semasa menjalankan tugasannya sebagai pengerusi untuk membuat laporan dan tugasan bulanannya.. Semangat yang ditunjukkan dan komited didalam menjalankan tugas membuatkan beliau kelihatan seorang yang sangat disiplin dan tegas menjalankan tugas.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI:-
Pada awalnya, Puan Suriyati kurang mahir menggunakan komputer waktu Ianya membuatkan kerjanya untuk membuat laporan bulanannya. Selain itu, kerja-kerjanya hampir 90% semua memerlukan penggunaan komputer dalam membuat jadual, laporan bulanan pelajar. Beliau juga perlu menggunakan internet seperti membuat penghantaran email untuk dihantar kepada Felda HQ.
Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke Pi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan komputer dan melayari internet.Beliau juga seorang yang ingin belajar dan mudah faham.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI:-
Selepas mengikuti kelas ICT di PI Internet Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet untuk membantu menghantar email dan membuat transaksi melalui internet. Semua itu beliau sudah boleh melakukan sendiri tanpa meminta bantuan dari petugas lagi.
Disamping itu, Puan Suriyati telah mahir membuat laporan kewangan bulanan. Beliau juga telah mahir untuk membuat minit mesyuarat bagi persatuannya.
Puan Suriyati seorang yang sangat agresif dari segi kemjuan pendidikan dan keusahawanan. Hal ini adalah kerana beliau sangat gemar bertanya berkenaan kemahiran ICT di Pi Palong 5.
Selain itu, Kerja-kerjanya juga sudah teratur dan semua kerjanya tidak menggunakan tulisan tangan lagi. Beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada petugas Pusat Internet kerana memberi tunjuk ajar kepadanya. Kini beliau sudah membuat laporan harian dan bulanan pelajar menggunakan komputer dan hasilnya sangat mudah dan teratur.