menjual Produk Kraftangan Berasaskan Resin Seperti Penggantung Kunci, Penunjuk Mengaji, Rehal, Bekas Minyak Wangi, Keronsang Dan Sebagainya.

Nama       Multazimah Binti Abu Bakar 
Umur   33 Tahun
 Ahli  2023

 

Latar belakang:-

Puan Multazimah lebih dikenali sebagai Imah merupakan anak peneroka Felda Palong 4. Beliau merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang cahaya mata. Beliau seorang yang sangat rajin dan selalu berkunjung di PEDi Felda Palong 5 untuk membuat kerja-kerjanya. Sebelum menjadi ahli PEDI, Puan Multazimah merupakan seorang suri rumah yang hanya mempunyai pendapatan sebagai penoreh getah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Puan Imah hadir di PEDi Felda Palong 5 untuk membuat cetakan dan fotostat. Beliau juga sering menggunakan komputer untuk melakukan kerja-kerja peribadi bersama anaknya. Beliau juga mencari kerja-kerja sambilan bagi menampung perbelanjaan anaknya itu.

Tambahan, beliau mula minat untuk menjalankan perniagaan namun beliau masih buntu untuk mencari idea produk jualan untuk berniaga. Beliau juga sering menggunakan komputer untuk mencari pembelajan jarak jauh yang sesuai dengan minatnya itu.

Beliau sangat bersemangat mencari idea serta sering meminta pendapat dan panduan untuk terus memulakan perniagaannya itu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas di PEDi Felda Palong 5, beliau sudah mula mahir menggunakan komputer dan melayari internet tanpa bantuan petugas PEDi Felda Palong 5. Beliau juga mahir mencetak dokumen, edit gambar dan sebagainya.

Setelah beliau yakin, beliau telah dibimbing sepenuhnya oleh petugas PEDi untuk mendaftar perniagaannya di SSM,  akaun shopee, tiktok dan facebook. Selain tu, beliau juga telah mendapat bimbingan untuk membuat kertas kerja perniagaan sehingga beliau terpilih sebagai penerima dana usahawan dari tabung Baitulmal Negeri Sembilan.

Tambahan, telah tercetus idea untuk beliau menyertai kelas atas talian untuk membuat produk berasaskan resin. Selepas mengikuti kelas, beliau sudah mempelajari bagaimana untuk membuka kedai atas talian seperti cara membuka akaun Shopee, tiktok seller dan sebagainya. Beliau juga mendapat idea untuk mengikuti kelas pembelajaran jarak jauh dan memilih produk yang berasakan resin. Beliau mula membuat penggantung kunci, penunjuk mengaji dan sebagainya. Hasil daripada itu, beliau telah mendapat tempahan daripada komuniti sekitar mahupun pelanggan atas talian.

Kini, Puan Imah berasa sangat gembira kerana PEDi Felda Palong 5 banyak memudahkan urusannya dan banyak yang beliau dapat pelajari dengan mengikuti aktiviti yang dijalankan di PEDi Felda Palong 5. Beliau juga sangat berpuas hati dengan hasil jualannya kini.

 

Menjual sos perapan kambing, char kuew tiau, minuman kesihatan dan sebagainya.

Nama       Fasihah Binti Ali Amran
Umur   33 Tahun
 Ahli  2017

 

Latar belakang:-

Puan Fasihah atau lebih dikenali mesra dengan panggilan Fas merupakan anak peneroka Felda Palong 6. Seorang ibu tunggal dan mempunyai dua orang cahaya mata. Beliau juga mempunyai semangat yang kuat dan seorang yang sangat positif, pemurah dan peramah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Puan Fas sering berkunjung di PEDi Palong 5 untuk menggunakan komputer dan menguruskan hal-hal peribadinya bersama anak-anaknya. Pelbagai urusan yang perlu digunakan antaranya fotostat, mencetak, scan dan sebagainya. 

Justeru itu, beliau rasa terbeban kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan kurang arif untuk melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke PEDi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara mencetak, mengedit dokumen di Microsoft word, menukar saiz gambar dan sebagainya.

Selain itu, beliau juga tidak mahir menggunakan Microsoft Excel untuk merekod pengaliran kewangannya. Beliau juga tidak mahir ‘copywriting’ bagi mempromosikan produk jualannya secara atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mula mahir menggunakan komputer dan melayari internet tanpa bantuan petugas PEDi Palong 5. Beliau juga mahir mencetak dokumen, edit gambar dan sebagainya.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau sudah mempelajari bagaimana untuk membuka akaun email bagi menguruskan hal-hal peribadinya. Beliau juga sudah mahir mengisi data peribadinya melalui internet seperti permohonan bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan.

Tambahan itu, selepas mengikuti kelas keusahawanan daripada PEDi palong 5, Puan Fas kini sudah mahir mempromosikan produk-produk jualannya secara atas talian. Beliau juga mahir membuat penyata kewangannya sendiri dan memudahkannya untuk membuat dokumentasi.

Kini, Puan Fas berasa sangat gembira kerana PEDi Palong 5 banyak memudahkan urusannya dan banyak yang beliau dapat pelajari dengan mengikuti aktiviti yang dijalankan di PEDi Palong 5. Beliau juga sangat berpuas hati dengan hasil jualannya kini.

 

 

Menjual Umpan Ikan Dan Penasihat Kewangan Insurans Takaful.

Nama       Ahmad Zakwan Bin Amir Halim 
Umur   23 Tahun
 Ahli  2014

 

Latar belakang:-

Ahmad Zakwan atau lebih dikenali dengan Zakwan merupakan cucu peneroka Felda Palong 5. Beliau seorang yang sangat rajin, peramah dan sering berkunjung di PEDi Palong 5 dari zaman bersekolah sehinggalah kini. Beliau juga suka membantu ibu dan ayah berniaga bagi membantu adik-adiknya yang masih bersekolah. Beliau disenangi kerana sikapnya yang suka membantu dan baik hati.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

Pada awalnya, Zakwan sering datang ke PEDi untuk mencetak dokumen seperti resume dan sebagainya. Beliau terasa sukar kerana tidak mahir menggunakan komputer untuk mencari maklumat seperti kekosongan pekerjaan dan sebagainya. Ianya menjadi sukar untuk beliau mendapatkan pekerjaan.

Selain itu, Zakwan juga menjalankan perniagaan sambilan menjual umpan ikan buatan sendiri. Beliau hanya memasarkan produk-produk jualannya kepada kenalan dan rakan terdekat sahaja kerana tidak tahu untuk menjual secara atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mahir menggunakan komputer dengan mahir mencari peluang pekerjaan secara atas talian, membuka akaun email dan sebagainya. Selain itu, beliau juga sudah mahir membuat profail perniagaannya sendiri tanpa bantuan petugas PEDi  Palong 5 lagi.

Zakwan juga sudah membuka akaun media sosial seperti facebook, instagram dan sebagainya. Beliau juga sudah mempromosikan produk jualanya di media sosial. Beliau juga telah mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan di PEDi  Palong 5 dan mempelajari membuka akaun shopee, teknik mengambil gambar produk jualan, memasukkan maklumat produk di shopee dan sebagainya.

Kini, Zakwan sudah mempunyai ramai pelanggan terutama di Shopee dan media sosial. Beliau juga telah mendapat pekerjaan sebagai Penasihat Kewangan di Takaful Insurans dari hasil mengikuti kelas-kelas ICT dan sebagainya.

Beliau sangat gembira dengan hasih yang diperolehinya kini dengan pembelajaran yang disediakan di PEDi Palong 5.

 

 

 

 

 

 

Nama       Siti Ilyani Binti Abd Rashid 
Umur   40 Tahun
 Ahli  2015

 

Latar belakang:-

Puan Ilyani atau lebih dikenali dengan Puan Yani merupakan anak generasi kedua Felda Palong 6. Beliau merupakan Penyelia Pusat Pertubuhan Dalam Komuniti Palong 6 dan seorang yang sangat tekun bekerja. Beliau juga merupakan seorang OKU dan mempunyai semangat yang tinggi untuk mengajar warga OKU yang lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Puan Ilyani tidak mahir menggunakan komputer untuk membuat kerja-kerja laporanya menggunakan komputer. Semua kerja dan laporan-laporan hanyalah menggunakan tulisan tangan dan mengambil upah pekerja lain untuk menaip dan mencetak kerja-kerja laporannya.

Justeru itu, beliau selalu berkunjung ke PEDi Palong 5 bagi meminta bantuan petugas untuk membuat kerja-kerjanya. Puan Ilyani menjadi buntu dan sukar apabila kerja-kerjanya menjadi tertangguh dan perlu di emailkan kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada setiap bulan.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, banyak perubahan yang dilihat oleh petugas, antaranya semua kerja-kerja Puan Ilyani sudah mula teratur. Beliau sudah mula membuat semua laporan-laporan bulanannya sendiri tanpa mengupah pekerja lain. Selain itu, beliau juga sudah mahir membuat laporan kewangan sendiri dan dokumentasi menjadi sangat teratur dengan mewujudkan fail yang tersusun.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga sering berkunjung ke PEDi  untuk mencetak dokumen dan laporan serta membuat kerja-kerjanya.

Selain itu, Kerja-kerjanya juga sudah teratur dan semua kerjanya tidak menggunakan tulisan tangan lagi. Beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada petugas PEDi kerana memberi tunjuk ajar kepadanya.

 

 

 

Usahawan Makanan Dan Cili Fertigrasi

Nama     Sakdiah Binti Abd Rahman  
Umur  36 Tahun
 Ahli 2019

 

Latar belakang:-

Menjalankan perniagaan menanam cilia pi fertigasi. Beliau juga turut menjalankan perniagaan tempahan kek. Disamping itu, beliau turut mengambil tempahan pernghantaran “surprise delivery”.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pn.Sakdiah merupakan generasi kedua Felda Palong 6. Beliau serorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Selain itu, beliau sangat aktif dengan aktiviti Pusat Internet.

Beliau telah menceburi aktiviti pertanian selama 3 tahun di kawasan Felda Palong 6. Beliau mengusahakan aktiviti pertanian bersama suaminya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Pn.Sakdiah tidak mahir untuk menggunakan internet dan komputer. Beliau hanya tumpu kepada aktiviti pertaniannya sahaja. Segala aktiviti jualan, beliau hanya menjalankan secara tradisional dan pengiklanan secara manual sahaja.

Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan kurang arif untuk melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke PEDi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan membuat pemasaran menggunakan media sosial. Beliau aktif bertanya kepada petugas Pusat Internet berkenaan ICT dan berkenaan perniagaan atas taliannya.

Selain itu, beliau juga tidak mempunyai akaun email dan tidak tahu menggunakan aplikasi berkenaan. Ini turut menjadi masalah kepada beliau kerana kebanyakkan pelanggan meminta beliau email sebut harga dan katalog digital. Perkara ini amat memberi masalah kepadanya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet sendiri . Selain itu, beliau juga sangat gembira kerana sudah pandai membuka aplikasi whatsapp web menggunakan komputer.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga telah mempelajari cara membuka akaun email, menghantar dokumen dan seterusnya mahir menggunakan email bagi kerja-kerjanya. Beliau juga banyak belajar berkenaan cara-cara membuat kertas kerja perniagaannya.

Kini, Pn.Sakdiah tidak lagi berasa bimbang dan kini mampu menaip segala aktiviti pemasaran dan menghantar segala katalog digitalnya menggunakan aplikasi di telefon bimbitnya dan komputer.