menjual Produk Kraftangan Berasaskan Resin Seperti Penggantung Kunci, Penunjuk Mengaji, Rehal, Bekas Minyak Wangi, Keronsang Dan Sebagainya.

Nama       Multazimah Binti Abu Bakar 
Umur   33 Tahun
 Ahli  2023

 

Latar belakang:-

Puan Multazimah lebih dikenali sebagai Imah merupakan anak peneroka Felda Palong 4. Beliau merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang cahaya mata. Beliau seorang yang sangat rajin dan selalu berkunjung di PEDi Felda Palong 5 untuk membuat kerja-kerjanya. Sebelum menjadi ahli PEDI, Puan Multazimah merupakan seorang suri rumah yang hanya mempunyai pendapatan sebagai penoreh getah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Puan Imah hadir di PEDi Felda Palong 5 untuk membuat cetakan dan fotostat. Beliau juga sering menggunakan komputer untuk melakukan kerja-kerja peribadi bersama anaknya. Beliau juga mencari kerja-kerja sambilan bagi menampung perbelanjaan anaknya itu.

Tambahan, beliau mula minat untuk menjalankan perniagaan namun beliau masih buntu untuk mencari idea produk jualan untuk berniaga. Beliau juga sering menggunakan komputer untuk mencari pembelajan jarak jauh yang sesuai dengan minatnya itu.

Beliau sangat bersemangat mencari idea serta sering meminta pendapat dan panduan untuk terus memulakan perniagaannya itu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas di PEDi Felda Palong 5, beliau sudah mula mahir menggunakan komputer dan melayari internet tanpa bantuan petugas PEDi Felda Palong 5. Beliau juga mahir mencetak dokumen, edit gambar dan sebagainya.

Setelah beliau yakin, beliau telah dibimbing sepenuhnya oleh petugas PEDi untuk mendaftar perniagaannya di SSM,  akaun shopee, tiktok dan facebook. Selain tu, beliau juga telah mendapat bimbingan untuk membuat kertas kerja perniagaan sehingga beliau terpilih sebagai penerima dana usahawan dari tabung Baitulmal Negeri Sembilan.

Tambahan, telah tercetus idea untuk beliau menyertai kelas atas talian untuk membuat produk berasaskan resin. Selepas mengikuti kelas, beliau sudah mempelajari bagaimana untuk membuka kedai atas talian seperti cara membuka akaun Shopee, tiktok seller dan sebagainya. Beliau juga mendapat idea untuk mengikuti kelas pembelajaran jarak jauh dan memilih produk yang berasakan resin. Beliau mula membuat penggantung kunci, penunjuk mengaji dan sebagainya. Hasil daripada itu, beliau telah mendapat tempahan daripada komuniti sekitar mahupun pelanggan atas talian.

Kini, Puan Imah berasa sangat gembira kerana PEDi Felda Palong 5 banyak memudahkan urusannya dan banyak yang beliau dapat pelajari dengan mengikuti aktiviti yang dijalankan di PEDi Felda Palong 5. Beliau juga sangat berpuas hati dengan hasil jualannya kini.