Nama       Siti Ilyani Binti Abd Rashid 
Umur   40 Tahun
 Ahli  2015

 

Latar belakang:-

Puan Ilyani atau lebih dikenali dengan Puan Yani merupakan anak generasi kedua Felda Palong 6. Beliau merupakan Penyelia Pusat Pertubuhan Dalam Komuniti Palong 6 dan seorang yang sangat tekun bekerja. Beliau juga merupakan seorang OKU dan mempunyai semangat yang tinggi untuk mengajar warga OKU yang lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Puan Ilyani tidak mahir menggunakan komputer untuk membuat kerja-kerja laporanya menggunakan komputer. Semua kerja dan laporan-laporan hanyalah menggunakan tulisan tangan dan mengambil upah pekerja lain untuk menaip dan mencetak kerja-kerja laporannya.

Justeru itu, beliau selalu berkunjung ke PEDi Palong 5 bagi meminta bantuan petugas untuk membuat kerja-kerjanya. Puan Ilyani menjadi buntu dan sukar apabila kerja-kerjanya menjadi tertangguh dan perlu di emailkan kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada setiap bulan.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, banyak perubahan yang dilihat oleh petugas, antaranya semua kerja-kerja Puan Ilyani sudah mula teratur. Beliau sudah mula membuat semua laporan-laporan bulanannya sendiri tanpa mengupah pekerja lain. Selain itu, beliau juga sudah mahir membuat laporan kewangan sendiri dan dokumentasi menjadi sangat teratur dengan mewujudkan fail yang tersusun.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga sering berkunjung ke PEDi  untuk mencetak dokumen dan laporan serta membuat kerja-kerjanya.

Selain itu, Kerja-kerjanya juga sudah teratur dan semua kerjanya tidak menggunakan tulisan tangan lagi. Beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada petugas PEDi kerana memberi tunjuk ajar kepadanya.