Menjual Umpan Ikan Dan Penasihat Kewangan Insurans Takaful.

Nama       Ahmad Zakwan Bin Amir Halim 
Umur   23 Tahun
 Ahli  2014

 

Latar belakang:-

Ahmad Zakwan atau lebih dikenali dengan Zakwan merupakan cucu peneroka Felda Palong 5. Beliau seorang yang sangat rajin, peramah dan sering berkunjung di PEDi Palong 5 dari zaman bersekolah sehinggalah kini. Beliau juga suka membantu ibu dan ayah berniaga bagi membantu adik-adiknya yang masih bersekolah. Beliau disenangi kerana sikapnya yang suka membantu dan baik hati.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

Pada awalnya, Zakwan sering datang ke PEDi untuk mencetak dokumen seperti resume dan sebagainya. Beliau terasa sukar kerana tidak mahir menggunakan komputer untuk mencari maklumat seperti kekosongan pekerjaan dan sebagainya. Ianya menjadi sukar untuk beliau mendapatkan pekerjaan.

Selain itu, Zakwan juga menjalankan perniagaan sambilan menjual umpan ikan buatan sendiri. Beliau hanya memasarkan produk-produk jualannya kepada kenalan dan rakan terdekat sahaja kerana tidak tahu untuk menjual secara atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mahir menggunakan komputer dengan mahir mencari peluang pekerjaan secara atas talian, membuka akaun email dan sebagainya. Selain itu, beliau juga sudah mahir membuat profail perniagaannya sendiri tanpa bantuan petugas PEDi  Palong 5 lagi.

Zakwan juga sudah membuka akaun media sosial seperti facebook, instagram dan sebagainya. Beliau juga sudah mempromosikan produk jualanya di media sosial. Beliau juga telah mengikuti kelas keusahawanan yang diadakan di PEDi  Palong 5 dan mempelajari membuka akaun shopee, teknik mengambil gambar produk jualan, memasukkan maklumat produk di shopee dan sebagainya.

Kini, Zakwan sudah mempunyai ramai pelanggan terutama di Shopee dan media sosial. Beliau juga telah mendapat pekerjaan sebagai Penasihat Kewangan di Takaful Insurans dari hasil mengikuti kelas-kelas ICT dan sebagainya.

Beliau sangat gembira dengan hasih yang diperolehinya kini dengan pembelajaran yang disediakan di PEDi Palong 5.