Usahawan Tupperware Brands Dan Produk Al-Fateh

Nama     Norashidah Binti Jaafar
Umur   43 Tahun
 Ahli 2017

 

Latar belakang

Pn.Shidah lebih dikenali dengan nama Kak Shidah merupakan seorang anak peneroka Palong 3. Beliau merupakan seorang suri rumah. Secara sambilan, beliau telah menjual produk Tupperware  Brands dan produk Al-Fateh. Selain itu, beliau aktif melibatkan diri dalam kelas jahitan yang dianjurkan oleh pihak KEMAS. Disamping itu, beliau kerap berkunjung ke PEDi untuk mempelajari ilmu-ilmu yang baharu.

 

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pada awalnya, Pn.Shidah kurang mahir menggunakan komputer. Beliau sangat berminat untuk menyertai semua kelas ICT yang diadakan.Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke Pi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga seorang yang ingin belajar dan mudah faham.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet untuk  membantu menghantar email dan membuat transaksi melalui internet. Semua itu beliau sudah boleh melakukan sendiri tanpa meminta bantuan dari petugas lagi.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau telah pandai untuk mengambil gambar dengan cara yang betul untuk tujuan promosi. Disamping itu, beliau telah banyak belajar berkenaan teknik pemasaran yang betul untuk memasarkan secara atas talian.

Disamping itu, Pn. Shidah telah mahir untuk menggunakan email bagi urusan rasmi. Beliau juga kerap datang ke PEDi untuk membuat iklan di media sosial. Hasil daripada mengikuti kelas keusahawan telah membuatkan beliau lebih yakin dalam membuat ayat β€˜Γ§opywritting’ di iklannya. Seorang yang sangat agresif dari segi kemjuan pendidikan dan keusahawanan. Hal ini adalah kerana beliau sangat gemar bertanya berkenaan kemahiran ICT di PEDi Palong 5.

Selain itu, Kerja-kerjanya juga sudah teratur dan semua kerjanya tidak menggunakan tulisan tangan lagi. Beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada petugas PEDi kerana memberi tunjuk ajar kepadanya. Kini beliau sudah membuat laporan kewangan dan kertas kerjanya secara formal dan teratur.