Keusahawanan Dan Celik IT

Nama  : Anis Zakiah Binti Zainal   
 Umur:  : 24 Tahun
 Ahli  :  2018

 

Latar Belakang:-

Puan Anis Zakiah Binti Zainal merupakan petugas PDK Palong 6. Beliau seorang yang periang dan murah dengan senyuman. Beliau bekerja di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti dan merupakan pengurus PDK di cawangan Palong 6, Negeri Sembilan. Beliau sering berkunjung di Pi Palong 5 untuk menguruskan kerja-kerjanya yang memerlukan internet. Selain itu, beliau juga sangat rajin dan komited semasa menjalankan tugasannya sebagai pengurus di PDK Palong 6 itu. Semangat yang ditunjukkan dan komited didalam menjalankan tugas membuatkan beliau kelihatan seorang yang sangat disiplin dan tegas menjalankan tugas.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI:-

Pada awalnya, Puan Anis kurang mahir menggunakan komputer dan media sosial untuk mempromosi berkenaan perniagaan sampingannya.. Ianya membuatkan kerjanya iklannya menjadi lambat untuk dilihat oleh komuniti. Selain itu, kerja-kerjanya hampir 90% semua memerlukan penggunaan komputer untuk kerja seperti jadual, laporan bulanan pelajar. Beliau juga perlu menggunakan internet seperti membuat caruman KWSP pekerja dan sebagainya.

Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke Pi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan komputer dan melayari internet.Beliau juga seorang yang ingin belajar dan mudah faham.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas ICT di Pusat Internet Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet untuk  membantu membuat caruman KWSP rakan sekerjanya selain membuat transaksi melalui internet dan juga Perkeso. Semua itu beliau sudah boleh melakukan sendiri tanpa meminta bantuan dari petugas lagi.

Disamping itu, Puan Anis telah mahir untuk membuat iklan di media social seperti menjual Kek, menjual kerepek dan menjual makanan kudap-kudapan.

Puan Anis seorang yang sangat agresif dari segi kemjuan pendidikan dan keusahawanan. Hal ini adalah kerana beliau sangat gemar bertanya berkenaan kemahiran ICT di Pi Palong 5.

Selain itu, Kerja-kerjanya juga sudah teratur dan semua kerjanya tidak menggunakan tulisan tangan lagi. Beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada petugas Pusat Internet kerana memberi tunjuk ajar kepadanya. Kini beliau sudah membuat laporan harian dan bulanan pelajar menggunakan komputer dan hasilnya sangat mudah dan teratur.