Celik IT
Nama | Salmah Binti Majid |
Umur | 61 Tahun |
Ahli | 2020 |
Latar belakang:-
Puan Salmah merupakan penerokawati Felda Palong 6. Beliau merupakan Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Felda Palong 6. Beliau juga seorang yang sangat aktif dalam Persatuan NGO. Seorang yang murah dengan senyuman dan sangat positif.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-
Pada awalnya, Puan Salmah tidak mahir untuk menggunakan internet dan komputer. Beliau hanya menumpukan aktiviti hariannya kepada aktiviti kemasyarakatan. Beliau merupakan Pengerusi Pusat Latihan Dalam Komuniti (PDK) iaitu pusat latihan untuk individu kelainan upaya (OKU). Beliau perlu menghantar laporan bulanan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Segala laporan yang dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah secara bertulis ataupon beliau dibantu orang lain untuk membuat kerja-kerjanya.
Justeru itu, beliau sangat terkesan dan buntu kerana dia kurang mahir menggunakan komputer dan kurang arif untuk melayari internet. Beliau juga sering berkunjung ke PEDi Palong 5 dan meminta bantuan daripada petugas untuk mengajar beliau cara-cara menggunakan komputer dan melayari internet. Beliau juga seorang yang ingin belajar dan mudah faham.
Selain itu, beliau juga tidak mempunyai akaun email dan tidak tahu menggunakan aplikasi berkenaan. Ini turut menjadi masalah kepada beliau kerana pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menguatkuasakan bahawa segala laporan perlu secara berkomputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-
Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mula faham dan boleh melakukan kerja-kerjanya sendiri. Kini, beliau juga sudah boleh melayari internet sendiri . Selain itu, beliau juga sangat gembira kerana sudah pandai membuka aplikasi whatsapp web menggunakan komputer.
Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga telah mempelajari cara membuka akaun email, menghantar dokumen kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan seterusnya mahir menggunakan email bagi kerja-kerjanya.
Kini, Puan Salmah juga sudah mahir membuat laporan kewangan sendiri tanpa bantuan petugas dan tidak lagi berasa bimbang dan kini mampu menaip laporan dan menghantar segala laporannya menggunakan aplikasi di telefon bimbitnya dan komputer.