Usahawan Menjual Tupperware Brand & Kuih Que
Nama | Zalinah Binti Mohammad |
Umur | 51 Tahun |
Ahli | 2018 |
Latar belakang:-
Puan Zalinah merupakan peneroka Felda Palong 6 dan juga memegang jawatan di Masjid Felda Palong 6. Beliau dikenali dengan panggilan Mak Ina, seorang yang sangat aktif dan sangat peramah serta murah dengan senyuman. Mak Ina juga sering mengikuti aktiviti GPW Felda Palong 6 dan aktiviti yang yang dianjurkan di PEDi Palong 5. Mak Ina juga seorang yang ingin tahu dan sering berkunjung ke PEDi Palong 5 untuk mendapatkan info atau memohon bantuan petugas melakukan kerja-kerjanya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-
Pada awalnya, Mak Ina tidak tahu menggunakan komputer dan dan melakukan kerja-kerjanya menggunakan tulisan tangan. Mak Ina juga sangat tertekan kerana ingin menyiapkan minit mesyuarat bagi kariah Masjid Palong 6 dengan tergesa-gesa kerana mengambil masa yang lama untuk menulis minit mesyuarat tersebut. Ianya menjadi masalah apabila kariah lain tidak faham dengan hasil tulisan tangannya. Ada yang merungut kerana tidak sesuai untuk masa kini segala surat ditulis dengan tulisan tangan.
Selain itu, Mak Ina juga ada menjalankan perniagaan makanan. Iaitu kuih Que tradisional. Mak ina hanya memasarkan jualannya dengan jiran tertangga dan tidak dapat pelanggan yang ramai kerana tidak tahu memasarkan produknya di media sosial. Ianya menjadi sukar dan beliau nekad untuk mengikuti kelas yang dianjurkan di PEDi Palong 5.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi :-
Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Palong 5, beliau sudah mahir menggunakan ICT. Iaitu beliau sudah mula laju menaip dan membuat susunan ayat yang tersusun dan cantik. Selain itu, beliau juga sudah boleh membuat minit mesyuarat bulanan sendiri tanpa bantuan daripada petugas dengan menggunakan ‘tools’ yang kemas dan tersusun.
Disamping itu, Mak Ina telah mahir untuk menggunakan email bagi urusan rasmi. Selain itu, beliau mahir untuk menghantar dokumen-dokumen penting melalui emailnya sendiri.
Mak Ina juga sudah membuka akaun media sosial seperti facebook, instagram dan sebagainya. Beliau juga sudah boleh membuat ‘copywritting’ yang cantik dan menarik minat pelanggan. Kini, Mak Ina sudah mempunyai ramai pelanggan dan tempahan untuk sebarang majlis dan beliau sudah mula melakukan penghantaran dari rumah ke rumah.
Beliau sangat berpuas hati dan berasa lega dengan hasil yang diperolehnya kini.