Keusahawanan 

Nama  : Rosmizah Binti Muhamad    
 Umur:  : 33 Tahun
 Ahli  :  2017

 

Latar Belakang:-

Puan Rosmiza atau lebih dikenali sebagai Miza berumur 33 tahun. Beliau merupakan seorang belia yang aktif dalam berniaga berkenaan produk kecantikan jenama Mary Kay. Dalam bidang ini, beliau telah memegang jawatan sebagai SSD. Beliau seorang yang sangat aktif berpersatuan dan melakukan aktiviti kemasyarakatan. Beliau memiliki 5 orang anak.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI:-

Pada awalnya, Puan Miza tidak mahir menggunakan komputer dan melakukan kerja-kerjanya dengan menggunakan tulisan tangan sahaja. Ianya membuatkan kerjanya menjadi lambat dan tidak teratur dengan hasil tulisan tangannya itu.Selain itu,kerja-kerjanya hamper 90% semua memerlukan penggunaan komputer untuk kerja seperti membuat jadual kelas kecantikan, membuat tempahan produk atas talian dan lain-lain.

Selain itu, beliau juga mempunyai masalah dalam membuat kelas kecantikan kerana kurang peralatan komputer untuk memberi penerangan berkenaan pembentangan kecantikan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI:-

Sejurus selepas beliau menjadi ahli Pusat Internet Palong 5, beliau sangat aktif menghadiri kelas yang diadakan. Beliau juga telah menjadi ahli netbook di Pusat Internet Palong 5. Dengan bantuan pinjaman netbook, beliau mudah dalam membuat kerja harian. Di awal kelas, beliau diajar mengenal elemen-elemen komputer, asas komputer, asas penggunaan komputer dan sehinggalah kelas lanjutan komputer. Sehingga kini, Puan Miza telah pun mahir dalam penggunaan Microsoft Office seperti aplikasi MS Word, Ms Excel. Selain itu, dengan keberkatan kelas yang diikuti, Puan Suryati telah tapat meningkatkan ilmu masakan beliau dengan mengakses cara-cara membuat laporan kewangan daripada laman youtube.

Selain itu, Kerja-kerjanya juga sudah teratur dan semua kerjanya tidak menggunakan tulisan tangan lagi. Beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada petugas Pusat Internet kerana memberi tunjuk ajar kepadanya. Kini beliau sudah membuat laporan harian dan bulanan pelajar menggunakan komputer dan hasilnya sangat mudah dan teratur.