Tarikh:  20 Dan 21 Februari 2019

 Masa:  2.00PM-5.00PM

Aktiviti ini diadakan untuk semua wanita dan belia di bengkel KEMAS Felda Palong 5. Semua peserta diberikan taklimat dan mempelajari cara-cara untuk membuat baju kurta.

 

Kelas mengaji Al-Quran yang diadakan pada setiap hari Isnin dan Selasa setiap minggu dengan disertai oleh semua ahli-ahli wanita peneroka. Mereka semua dibimbing oleh Ustazah Zabedah dan kelas diadakan di Masjid Al-Ansar Palong 5.

Tarikh:  30 November 2018

 Masa:  3.00PM-5.00PM

Aktiviti ini diadakan untuk semua wanita dan belia disamping mengadakan aktiviti seperti ini. Semua peserta dikehendaki membuat nugget sayuran dan menghasilkan dengan pelbagai bentuk. Peserta sangat kreatif dan menghasilkan dengan sangat baik.

 

Tarikh:  28 Disember 2018

 Masa:  2.00PM-5.00PM

Aktiviti ini diadakan untuk semua wanita dan belia di bengkel KEMAS Felda Palong 5. Semua peserta diberikan taklimat dan cara-cara memasak dan mereka mula membuat secara praktikal.

 

Kelas ini bertempat di Mini RTC Gemas yang membuka peluang kepada semua golongan wanita untuk mempelajari cara membuat mee kuning dengan menggunakan bahan tanpa pengawet dan memberi peluang kepada mereka untuk berniaga. Semua peserta yang terdiri dari wanita dewasa sangat menunjukkan minat yang positif serta membuat dengan penuh komited. Selain itu,dikalangan mereka juga merupakan anak peneroka serta warga Kemas Palong 4,5,6.