Kelas ini bertempat di Mini RTC Gemas yang membuka peluang kepada semua golongan wanita untuk mempelajari cara membuat mee kuning dengan menggunakan bahan tanpa pengawet dan memberi peluang kepada mereka untuk berniaga. Semua peserta yang terdiri dari wanita dewasa sangat menunjukkan minat yang positif serta membuat dengan penuh komited. Selain itu,dikalangan mereka juga merupakan anak peneroka serta warga Kemas Palong 4,5,6.