Tarikh  5 Ogos  2018
 Masa : 9.00AM-12.00PM


Kelas ini bertempat di Mini RTC Gemas yang membuka peluang kepada semua golongan wanita untuk mempelajari cara membuat kuih-muih sejuk beku dan memberi peluang kepada mereka untuk berniaga. Semua peserta yang terdiri dari wanita dewasa sangat menunjukkan minat yang positif serta membuat dengan penuh komited.

 

 

 

Tarikh  20 April  2018
 Masa : 9.00AM-12.00PM

 

Sukaneka bersama GPW dan JKKK yang diadakan setahun sekali untuk merapatkan ukhwah sesama mereka dengan petugas Felda Palong 5.Mereka mengadakan aktiviti musang berjanggut,bersajak dan pelbagai sukaneka yang lain lagi.

 

Mesyuarat rasmi yang di adakan pada setiap bulan oleh ahli GPW Palong 5 dan pada bulan ini merupakan mesyuarat buat kali pertama untuk tahun  2018. 

Tarikh : 29 Januari 2018

Masa : 9.00 Pagi

Tempat :Balairaya Felda Palong 5

 

Aktiviti pertandingan gubahan sayuran diadakan pada Hari Bersama PEDi pada 20 April 2018 untuk merapatkan ukhwah sesama wanita.Semua gembira kerana dapat belajar melalui youtube dengan mengubah sayuran mengikut youtube. Selain itu,mereka juga mengikuti pertandingan bersajak serta pelbagai aktiviti lagi.

Tarikh: 20 April 2018

Masa: 9.00 Pagi- 4.00Petang

 

Program 1000 langkah yang telah diusulkan oleh Pengurus baru Palong 5 yang ingin membuat 1000 langkah untuk mengenali peneroka dan penerokawati serta melawat mereka yang sakit dan memberi sedikit sumbangan.Selain itu,mereka juga menjalankan sesi suai kenal semasa peneroka dengan petugas Pejabat felda Palong 5.

Tarikh: 12 Oktober 2017

Masa : 8.00 Pagi - 12.00 Tengah hari