Jenis Perniagaan | : | Aneka Talam |
Pengusaha | : | Puan Siti Asura Binti Pilus |
Lokasi | : | Felda Palong 5 |
Tempahan FB | : | Asura Talam |
Jenis Perniagaan | : | Roti Canai Frozen Kak Noor |
Pengusaha | : | Puan Noraliza Hamid |
Lokasi | : | Felda Palong 5 |
Tempahan FB | : | Noorazahaliza Hamid |
Cik Aqlili merupakan anak peneroka Felda Palong 4. Beliau seorang yang ceria dan murah dengan senyuman. Selain itu, beliau juga seorang yang sangat bersemangat dan suka berniaga. Minat berniaga bermula apabila ayahnya menjual sarapan pagi dan beliau selalu menolong ayahnya berniaga. Kini, beliau menjual makanan kudapan dan aneka makanan yang lain.
Puan Hanim merupakan anak generasi Felda Palong 5. Beliau bermula dengan menjual kain pasang dari pelbagai jenis dan material. Beliau memasarkan perniagaannya melalui media sosial dan sering memperomosikan produk jualannya yang mendapat sambutan dari Palong 4,5,6 dan sekitar bahau malah beliau juga memasarkan di luar negeri dengan membuat pengeposan produk jualannya. Kini, beliau juga telah variasikan produk jualannya dengan menjual makanan sampingan dan produk terbaru dari hasil seni tangannya iaitu bunga sabun. Idea tercipta apabila semasa PKP yang lalu beliau telah mencuba dan mendapat sambutan yang sangat memberansangkan.
Puan Norafidah merupakan anak generasi Felda Palong 6 dan beliau sangat minat berniaga bersama suaminya. Tambahan, suaminya juga mempunyai kedai yang menjalankan perniagaan kedai gambar. Pelbagai perkhidmatan berkaintan gambar yang dijalankan di kedai mereka. Puan Norafidah juga mengembangkan perniagaannya dengan menjual kerepek kentang cheese. Beliau sangat suka memasak dan beliau mendapat idea untuk menjual kerepek kentang cheese. Beliau sangat positif dan yakin dengan perniagaanya.