Puan Hanim merupakan anak generasi Felda Palong 5. Beliau bermula dengan menjual kain pasang dari pelbagai jenis dan material. Beliau memasarkan perniagaannya melalui media sosial dan sering memperomosikan produk jualannya yang mendapat sambutan dari Palong 4,5,6 dan sekitar bahau malah beliau juga memasarkan di luar negeri dengan membuat pengeposan produk jualannya. Kini, beliau juga telah variasikan produk jualannya dengan menjual makanan sampingan dan produk terbaru dari hasil seni tangannya iaitu bunga sabun. Idea tercipta apabila semasa PKP yang lalu beliau telah mencuba dan mendapat sambutan yang sangat memberansangkan.