Puan Hayati merupakan anak generasi kedua Felda Palong 5. Beliau merupakan suri rumah kepada 4 cahaya mata. Beliau juga merupakan ahli Gerakan Persatuan Wanita di Felda Palong 5 dan beliau sangat aktif dengan aktiviti-aktiviti persatuan. Selain itu, beliau juga mengambil tempahan menjahit pakaian di sekitar kawasan Palong 4,5,6. Beliau juga sentiasa mencari idea-idea yang bernas bagi memajukan lagi perniagaan beliau.