Puan fatin merupakan anak peneroka Felda Palong 4 dan mula berniaga popia simpul sejak 3 tahun yang lalu. Beliau mempunyai 2 cahaya mata dan minat berniaga dan pelbaggai menu yang dijual selain popia simpul. Beliau mempunyai ramai pelanggan yang terdiri dari komuniti setempat.

Cik Hajar merupakan anak peneroka Felda Palong 5 yang kini menetap bersama adik dan ayahnya. Beliau bekerja di salah sebuat syarikat di Kampung Pasir Besar. Mempunyai semangat berniaga yang tinggi bagi menambahkan pendapatan bulanan beliau telah menjadi agen untuk mejual pelbagai aneka kek yang premium dan mendapat sambutan yang memberansangkan.

 

 

Puan Siti Hayu Bahari merupakan anak generasi kedua Felda Palong 6. Beliau mempunyai 4 orang cahaya mata dan beliau nekad memulakan perniagaan makanannya kerana suaminya yang mempunyai masalah kesihatan yang agak serius. Beliau juga menjual pelbagai jenis makanan dan barangan lain bagi menamoung kehidupan harian mereka. Kini, Puan Ayu sudah mula dikenali ramai melalui media sosial dan sudah menjadi pilihan penduduk sekitar Palong 4,5,6.

Puan Mieda mula berniaga sejak 2 tahun yang lalu dengan menjual pelbagai jenis makanan dan manisan dan dibuat dirumah sahaja. Mempunyai 2 cahaya mata dan beliau merupakan suri rumah yangh membuatkan beliau nekad membuat jualan dari rumah dengan pelbagai jenis makanan dan manisan. Kini, pizzanya menjadi pilihan komuniti Palong 4,5,6. 

 

Kek pisang ini dibuat oleh Puan Shaza yang merupakan generasi kedua Felda Palong 5. Beliau mempunyai 2 orang cahaya mata dan seorang yang sangat peramah. Beliau sudah memulakan perniagaan kecil-kecilannya dengan membuat pelbagai makanan homemade dan menyediakan penghantaran dari rumah ke rumah. Beliau menjual aneka jenis kek pisang antaranya kek pisang original, kek pisang coklat dan kek pisang 2 benua.