Makanan ini dihasilkan oleh PuanNoramida yang beroperasi hanya dirumah sahaja. Disebabkan minat yang mendalam terhadap perniagaan, beliau juga meneruskan perniagaan dengan kecil-kecilan secara atas talian dan di tapak pasar setiap hari Sabtu. Diatas permintaan yang memberansangkan, beliau menggunakan perkhidmatan penghantaran dari rumah ke rumah. Beliau sangat berpuas hati dengan hasil jualannya dan mahu meningkatkan pemasarannya.