Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan scam dan harus berada pada tahap kewaspadaan yang tinggi.
Sekiranya anda menjadi mangsa scam, sila tampil dan laporkan kepada pihak polis supaya tindakan segera dapat dilaksanakan atau merujuk terus kepada CCID di talian 03-2610 1599/1559.
 

Media sosial adalah medium untuk perkongsian maklumat dan pendapat yang terkini. Namun begitu, jangan sesekali menggunakan medium ini untuk membincangkan isu sensitif dan menjurus ke arah pergaduhan.

Jaga kesejahteraan dan keharmonian negara dengan menggunakan media sosial secara positif.

Menyemak kesahihan berita atau maklumat adalah sangat penting sebelum menyebarkannya, pastikan ia sumber diyakini sahih, jika tidak pasti jangan kongsi.
Selain itu, elakkan amalan hanya membaca tajuk utama sesuatu berita sahaja tanpa membaca keseluruhan artikel kerana tajuk utama selalunya berbentuk sensasi untuk menarik perhatian pembaca.