Ambil tahu jenis penipuan dalam talian yang sering menjerat mangsa sehingga menyebabkan kerugian ribuan wang ringgit. Salah satu modus operandi scammer adalah dengan menyediakan tawaran yang sangat menarik dan tidak munasabah di akaun media sosial palsu.

Berhati-hatilah dan timbang-tara sesuatu tawaran dengan penuh teliti dahulu. Jangan terpedaya dengan tawaran yang tidak munasabah.

Orang ramai diminta peka dengan maklumat diterima dan menentusahkan sumber maklumat berita sebelum berkongsi dan menyebarkan berita itu.
Semua pihak berperanan penting dalam mengekang penyebaran berita palsu. Sila semak atau lapor di laman Sebenarnya.my sekiranya terdapat keraguan mengenai sesuatu berita.

Penggunaan media sosial secara tidak beretika oleh segelintir masyarakat kita dengan mencipta kandungan palsu dan menyebarkannya boleh mendatangkan kesan negatif kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.

Mari bersama membendung penularan berita palsu dengan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih. Semak dan laporkan di laman Sebenarnya.my sekiranya terdapat keraguan mengenai sesuatu berita.

Lindungi kanak-kanak dalam talian. Awasi mereka daripada risiko pengantunan seksual dalam talian.

Pengantunan seksual dalam talian terhadap kanak-kanak adalah pembentukan keperibadian kanak-kanak oleh pemangsa supaya mereka menurut suruhan pemangsa bagi tujuan penganiayaan seksual.