Sentiasa berhati-hati dengan akaun palsu terutama ketika menambah kenalan baru di media sosial.
Terdapat pelbagai cara penipuan kewangan yang dilakukan pada zaman sekarang, jadi jangan mudah terpedaya dengan lambakan tawaran di Internet.
Jadilah pengguna Internet bijak!
 
Sentiasa berwaspada apabila menerima panggilan daripada nombor telefon yang tidak dikenali.
Usah panik dan mempercayai panggilan tersebut.
Jangan jadi mangsa SCAM! Sebaliknya, laporkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia supaya tindakan segera dapat dilaksanakan atau rujuk terus kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan #NSRC di talian 997.
 

Penggunaan peralatan komunikasi dan wayarles yang tidak diperakui boleh menyebabkan masalah sambungan dan peralatan tidak boleh saling beroperasi dengan baik.

Gunakan peralatan komunikasi dan wayarles yang diperakui dan mempunyai label MCMC untuk memastikan kesalingbolehkendalian.