Puan Atikah merupakan anak generasi Felda Palong 4, beliau mempunyai 3 cahaya mata dan memulakan perniagaannya dengan menjual aneka kuih muih dan makanan ringan. Sehingga kini, beliau telah variasikan jualannya dengan membuat aneka kek marble jelita dan kek gulung aneka perisa. Beliau juga sangat gembira kerana jualanya sangat memberansangkan dan mendapat permintaan yang memberansangkan.