SEJARAH FELDA PALONG 5

Penubuhan Felda pada tahun 1956 melalui usaha mantan Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein telah menjadi titik tolak kepada peningkatan ekonomi orang melayu di luar Bandar. Sejarah pembukaan tanah rancangan di Negeri Sembilan bermula sekitar tahun 1960.

Di Daerah Jempol sahaja terdapat 50 tanah rancangan ianya merangkumi enam di Gemas, tiga di Tampin dan Jelebu. Manakala satu terletak di Kuala Pilah. Pengagihan jenis tanaman di tanah-tanah rancangan dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian. 14 tanah rancangan mengusahakan kebun getah, 7 tanah rancangan kelapa sawit dan 22 tanah rancangan yang mengusahakan kedua-duanya. Seluas 88509.41 hektar tanah telah dimajukan oleh FELDA di Negeri Sembilan. Seluas 75752.81 hektar atau 84 peratus adalah kawasan berpeneroka. 

Justeru tertubuh la Felda Palong 5 dengan keluasan 103.14 hektar bagi kawasan kampung dan 2164.46 hektar bagi keluasan kawasan rancangan serta terdapat seramai 506 orang penduduk telah terpilih untuk menjadi peneroka di kawasan Felda Palong 5.

peta