Nama      Saodah Binti Sariat 
Umur   57 Tahun
 Ahli  2019

 

Latar belakang:-

Puan Saodah merupakan peneroka asal di Felda Palong 5. Beliau seorang yang ceria, peramah dan suka mengikuti aktiviti yang dianjurkan di PEDi Felda Palong 5. Belia juga bergiat aktif mengikuti aktiviti dan program yang Felda anjurkan sehingga dilantik menjadi ketua blok merangkap Setiausaha Pertubuhan Gerakan Persatuan Wanita Palong 5.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Puan Saodah tidak mahir menggunakan komputer untuk membuat kerja-kerja pertubuhan menggunakan komputer. Semua kerja dan laporan-laporan hanyalah menggunakan tulisan tangan dan mengambil upah pekerja lain untuk menaip dan mencetak kerja-kerja laporannya.

Justeru itu, beliau selalu berkunjung ke PEDi Palong 5 bagi meminta bantuan petugas untuk membuat kerja-kerjanya seperti minit mesyuarat, penyata kewangan dan sebagainya. Puan Saodah menjadi buntu dan sukar apabila kerja-kerjanya menjadi tertangguh memandangkan beliau adalah setiausaha pertubuhan dan semua kerja Setiausaha perlu dilakukannya sendirian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Felda Palong 5, banyak perubahan yang dilihat oleh petugas, antaranya semua kerja-kerja Puan Saodah sudah mula teratur. Beliau sudah mula membuat semua minit mesyuarat dan surat jemputan sendiri tanpa mengupah pekerja lain. Selain itu, beliau juga sudah mahir membuat laporan kewangan sendiri dan dokumentasi menjadi sangat teratur dengan mewujudkan fail yang tersusun.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga sering berkunjung ke PEDi Felda Palong 5  untuk mencetak dokumen dan laporan serta membuat kerja-kerjanya.

Selain itu, Kerja-kerjanya juga sudah teratur dan semua kerjanya tidak menggunakan tulisan tangan lagi. Beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada petugas PEDi kerana memberi tunjuk ajar kepadanya.