Nama      Nur Safra Binti Kasban
Umur   27 Tahun
 Ahli  2020

 

Latar belakang:-

Puan Safra lebih mesra dipanggil Saf merupakan anak generasi kedua Felda Palong 6. Beliau juga seorang yang sangat ceria dan murah dengan senyuman. Beliau mempunyai 2 orang cahaya mata dan beliau sangat minat dalam dunia kecantikan. Beliau juga seorang yang aktif dan sering mengikuti aktiviti yang PEDi anjurkan. Tambahan, beliau juga adalah salah seorang ahli Amanah Ikhtiar Felda Palong 5 untuk usahawan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Saf sering mengikuti aktiviti dan program yang dijalankan di PEDi  Palong 5. Beliau juga sering datang di PEDi Palong 5 untuk membantu suaminya memasukkan data anak murid kedalam Microsoft Excel. Namun, menjadi masalah apabila beliau tidak mahir menggunakan ‘tools’ daripada Microsot Excel dan sering membuat rekod anak murid suaminya menggunakan hasil tangan.Beliau juga sangat aktif berniaga tetapi tidak tahu bagaimana mahu menjual produknya di laman Shopee, Tiktok dan sebagainya.

Justeru itu, beliau mengalami masalah dimana kerja-kerjanya tidak tersusun dan menggunakan tulisan tangan sahaja. Beliau juga mengalami masalah dimana tidak mahir menggunakan komputer, melayari internet dan mencetak dokumen-dokumen yang diperlukan.

Selain itu, beliau juga tidak mempunyai penyata kewangan perniagaan yang dijalankan serta susah mendapat sebarang peruntukan mahupun bantuan keusahawanan. Beliau juga sangat positif dan seorang yang bertanya soalan dan pendapat kepada petugas PEDi Palong 5.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas di PEDi Felda Palong 5, beliau sudah mula mahir menggunakan komputer dan memasukkan data anak murid suaminya menggunakan Miccrosoft Excel. Beliau juga mahir mencetak dokumen, edit poster, gambar jualn dan sebagainya. Tambahan, beliau sudah mahir membuat ‘’copy writing’’ sendiri dan mula membuat SSM di PEDi.

Tambahan itu, selepas mengikuti kelas keusahawanan daripada PEDi Felda Palong 5, Puan Safra kini sudah mahir mempromosikan produk-produk jualannya secara atas talian. Beliau juga sudah mahir membuat video di Tiktok, menjual produknya dan menjual produk orang lain juga di Tiktok tersebut.  

Kini, produk kecantikan beliau mendapat sambutan yang luar biasa. Beliau juga sentiasa fokus dan yakin dengan dirinya sendiri. Beliau juga tidak berhenti memasukkan video dan produk yang baru di semua platfom perniagaanya itu.

Kini, Puan Safra berasa sangat gembira kerana PEDi Felda Palong 5 banyak memudahkan urusannya dan banyak yang beliau dapat pelajari dengan mengikuti aktiviti yang dijalankan di PEDi Felda Palong 5. Beliau juga sangat berpuas hati dengan hasil jualannya kini.