Nama     Rusnanim Binti Ahmad
Umur   42 Tahun
 Ahli  2023

 

Latar belakang:-

Puan Rusnanim atau lebih dikenali dengan Puan Anim merupakan anak generasu kedua Felda Palong 5. Beliau mempunyai 3 orang cahaya mata. Beliau sangat aktif mengikuti pelbagai aktiviti dan seorang yang sangat peramah. Suami beliau menjalankan kerja-kerja pertanian dan beliau juga turut membantu suaminya berniaga.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Puan Anim hadir di PEDi Felda Palong 5 untuk fotostat dan memohon bantuan petugas bagi urusan persekolahan anaknya. Beliau juga sering memohon bantuan sekiranya terdapat permasalahan berkenaan dengan digital dan seorang yang ingin belajar.

Pada awalnya, beliau hanya membantu suaminya menjalankan perniagaan. Namun, apabila anaknya sudah masuk di asrama, beliau berasa komitmen beliau sudah bertambah dan beliau ingin menjalankan perniagaan aneka kuih muih sedia ada dan sejuk beku. Selepas dari itu, beliau mula mempromosikan jualanya dan atas permintaan pelanggan beliau sudah mula mengambil tempahan secara besar-besaran.

Beliau sangat bersemangat mencari idea serta sering meminta pendapat dan panduan untuk terus memulakan perniagaannya itu. Disamping itu, beliau berasa teruja kerana jualannya mendapat sambutan yang hangat pada awalnya.

Puan Anim sering mengikuti kelas-kelas ICT, kelas keusahawanan yang dianjurkan di PEDi Palong 5. Beliau mempelajari cara membuat ‘’copy writing’’ yang tepat, membuka akaun tiktok dan shopee serta mengikuti kelas pengiraan kos produk jualan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas di PEDi Felda Palong 5, beliau sudah mula mahir menggunakan komputer dan melayari internet tanpa bantuan petugas PEDi Felda Palong 5. Beliau juga mahir mencetak dokumen, edit gambar dan sebagainya. Tambahan, beliau sudah mahir membuat ‘’copy writing’’ sendiri dan mula membuat SSM di PEDi.

Tambahan itu, selepas mengikuti kelas keusahawanan daripada PEDi Felda Palong 5, Puan Anim kini sudah mahir mempromosikan produk-produk jualannya secara atas talian. Beliau juga mahir membuat penyata kewangan syarikat sendiri dengan tanpa bantuan petugas.  

Kini, aneka kuih jualannya mendapat tempat di sekitar Palong dan menjadi pendapatan utama apabila suaminya berhenti kerja untuk meluaskan pasaran kuih talamnya. Beliau kini menjual aneka kuih talamnya di semua pasar tani, pasar malam dan sebagainya di semua daerah Jempol.

Kini, Puan Asura berasa sangat gembira kerana PEDi Felda Palong 5 banyak memudahkan urusannya dan banyak yang beliau dapat pelajari dengan mengikuti aktiviti yang dijalankan di PEDi Felda Palong 5. Beliau juga sangat berpuas hati dengan hasil jualannya kini.