Nama       Sakdiah Binti Abdul Rahman 
Umur   39 Tahun
 Ahli  2019

Latar belakang:-

Puan sakdiah atau lebih dikenali dengan Kak Sakdiah merupakan anak generasi kedua Felda Palong 6. Beliau baru sahaja menetap di Felda Palong 6 selepas mengambil keputusan untuk menjaga ibunya di kampung. Beliau merupakan seorang suri rumah dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Suami beliau pula menguruskan tanaman cili padi fertigrasi di bawah Jabatan Pertanian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Puan Sakdiah tidak mahir menggunakan komputer untuk membuat kerja-kerja persatuannya menggunakan komputer. Semua kerja dan laporan-laporan hanyalah menggunakan tulisan tangan dan mengambil upah pekerja lain untuk menaip dan mencetak kerja-kerja laporannya.

Justeru itu, beliau selalu berkunjung ke PEDi Palong 5 bagi meminta bantuan petugas untuk membuat kerja-kerjanya seperti minit mesyuarat, kad jemputan dan sebagainya. Puan Sakdiah menjadi buntu dan sukar apabila kerja-kerjanya menjadi tertangguh memandangkan beliau adalah setiausaha Persatuan Silat

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas ICT di PEDi Felda Palong 5, banyak perubahan yang dilihat oleh petugas, antaranya semua kerja-kerja Puan Sakdiah sudah mula teratur. Beliau sudah mula membuat semua minit mesyuaratnya sendiri tanpa mengupah pekerja lain. Selain itu, beliau juga sudah mahir membuat laporan kewangan sendiri dan dokumentasi menjadi sangat teratur dengan mewujudkan fail yang tersusun.

Selain itu, selepas mengikuti kelas ICT, beliau juga sering berkunjung ke PEDi Felda Palong 5  untuk mencetak dokumen dan laporan serta membuat kerja-kerjanya.

Selain itu, Kerja-kerjanya juga sudah teratur dan semua kerjanya tidak menggunakan tulisan tangan lagi. Beliau sangat gembira dan berterima kasih kepada petugas PEDi kerana memberi tunjuk ajar kepadanya.