Menjual aneka jenis kuih talam.

Nama       Siti Asura Binti Pilus 
Umur   42 Tahun
 Ahli  2014

 

Latar belakang:-

Puan Asura merupakan petugas di Perpustakaan Desa Palong 5. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata. Puan Asura dikurniakan kedua-dua anaknya OKU dan bersekolah di Pendidikan Khas. Beliau juga merupakan anak generasi kedua Felda Palong 4.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Pada awalnya, Puan Asura hadir di PEDi Felda Palong 5 untuk menggunakan komputer untuk melakukan kerja-kerjanya di PEDi. Beliau juga sering datang ke PEDi untuk fotostat dan laminate untuk kerja-kerjanya.

Pada awalnya, beliau menjalankan jualan kuih aneka talamnya untuk mengisi masa lapang dan minatnya. Selepas dari itu, beliau mengambil tempahan aneka kuih talam atas permintaan pelanggan dengan kuantiti yang sedikit memandangkan beliau juga bekerja.

Beliau sangat bersemangat mencari idea serta sering meminta pendapat dan panduan untuk terus memulakan perniagaannya itu. Disamping itu, beliau berasa teruja kerana jualannya mendapat sambutan yang hangat pada awalnya.

Puan Asura sering mengikuti kelas-kelas ICT, kelas keusahawanan yang dianjurkan di PEDi Palong 5. Beliau mempelajari cara membuat ‘’copy writing’’ yang tepat, membuka akaun tiktok dan shopee serta mengikuti kelas pengiraan kos produk jualan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi:-

Selepas mengikuti kelas di PEDi Felda Palong 5, beliau sudah mula mahir menggunakan komputer dan melayari internet tanpa bantuan petugas PEDi Felda Palong 5. Beliau juga mahir mencetak dokumen, edit gambar dan sebagainya. Tambahan, beliau sudah mahir membuat ‘’copy writing’’ sendiri dan mula membuat SSM di PEDi.

Tambahan itu, selepas mengikuti kelas keusahawanan daripada PEDi Felda Palong 5, Puan Asura kini sudah mahir mempromosikan produk-produk jualannya secara atas talian. Beliau juga mahir membuat penyata kewangan syarikat sendiri dengan tanpa bantuan petugas.  

Kini, aneka kuih talam mendapat tempat di sekitar Palong dan menjadi pendapatan utama apabila suaminya berhenti kerja untuk meluaskan pasaran kuih talamnya. Beliau kini menjual aneka kuih talamnya di semua pasar tani, pasar malam dan sebagainya di semua daerah Jempol.

Kini, Puan Asura berasa sangat gembira kerana PEDi Felda Palong 5 banyak memudahkan urusannya dan banyak yang beliau dapat pelajari dengan mengikuti aktiviti yang dijalankan di PEDi Felda Palong 5. Beliau juga sangat berpuas hati dengan hasil jualannya kini.